Mesti Baca! Kisah Roh Yang Balik Ke Rumah Di Bulan Puasa.



Irwati dan Suhaimi sudah berkahwin selama 7 tahun. Selama 7 tahun mereka merindui kedatangan seorang manusia yg dipanggil 'anak'.

Mereka adalah pasangan 'sweet couple' hampir diabetes. Tapi kesunyian tanpa cahaya mata akhir2 ini mengganggu kemanisan hubungan mereka. Mereka mula bergaduh dan bertekak atas perkara2 kecil.

Satu hari, tibalah hari ulangtahun perkahwinan mereka. Pagi sebelum ke pejabat, mereka bertekak kerana Suhaimi lupa tarikh bersejarah itu.

Petang itu, Irwati menanti suaminya dengan hati yang membara.

Dalam keadaan hujan lebat, Suhaimi tiba di rumah dalam keadaan tergesa2. Di tangannya ada sejambak bunga ros.

"Selamat ulangtahun perkahwinan, sayang"

Alanglah terharunya hati seorang isteri. Kemarahannya terus bertukar menjadi ceria. Mereka duduk bersama, sambil bercerita mengenang kisah2 manis bersama.

Tiba2 telefonnya berbunyi.

Irwati bangkit dan mengangkatnya.

"Hello..."

"Hello Puan. Adakah ini Puan Irwati Khuzaimi?"

"Ya saya"

"Begini puan.. satu kemalangan telah berlaku, mangsa seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian. Di dalam dompetnya kami menemui nombor telefon puan. Kad pengenalannya Suhaimi bin Sufian. Adakah ini suami puan?"

Alangkah terkejutnya Irwati.

"Tapi... suami saya ada di rumah"

"Maafkan saya puan. Puan boleh datang ke hospital utk pengecaman mayat"

Irwati segera keluar mendapatkan suaminya. Ternyata Suhaimi benar2 tiada di situ.

Dia teringat tentang kisah roh yang pulang ke rumah di bulan Ramadan...

Irwati terus longlai dan menangis tersedu-sedan...

"Abang.. saya tak sempat minta maaf dgn abg. Saya banyak berdosa dgn abg. Saya tak patut marah pd abang tadi... rupanya ini anniversary terakhir kita... Ya Allah! Terima kasih berikan aku peluang bersama allahyarham suamiku walaupun seketika..."

Tiba2 terdengar bunyi flush dari bilik air. Suhaimi keluar dan berkata "Abang lupa nak cakap, tadi dompet abang kena curi..."

Moral : Jangan gaduh2 suami isteri. haha

Kredit to : Lyna Noh

Comments