Hargai Ibu Bapamu. Pulanglah Sebelum Terlambat.



Adi anak tunggal Pak Ramli dan Kak Tipah. Sejak 10 tahun lalu, Adi jarang balik ke kampung kerana tuntutan kerja. Kadang2 raya pun tak balik.

Satu hari, Kak Tipah menelefon Adi memberitahu bahawa dirinya sakit. Tidak boleh berjalan seperti biasa. Seperti biasa Adi hanya mengirim wang utk ibunya membeli ubat.

"Maafkan saya Mak, saya sibuk ni"

Harini sibuk.

Esok sibuk.

Lusa lagi sibuk.

Lama-kelamaan Adi sudah lupa tentang ibu dan ayahnya.

Satu hari Adi seperti biasa sibuk dengan urusan kerja dan entertain kawan2. Ada 40 miscall dari ibunya. Tapi kerana sudah terlalu lewat, Adi tidak membalas panggilan itu.

Malam itu Adi bermimpikan ibunya. Ibunya datang dgn berpakaian serba putih. Ibunya tidak bercakap apa-apa kecuali mengalirkan airmata.

Adi terbangun dalam keadaan berdebar2.

Dilihat jam menunjukkan pukul 6 pagi. Adi terus bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat Subuh yg telah lama ditinggalkannya.

Dia menangis teresak2 di dalam solatnya. Entah kenapa hatinya dihimpit pilu. Ingatan terhadap ibu dan ayah datang bertalu2.

Sebaik saja selesai berdoa, Adi terus menghidupkan keretanya. Satu arah saja - kampung!
Dia cuba menghubungi ibunya, namun panggilan tidak dapat disambung.

Sepanjang perjalanan, Adi dipukul rasa tidak sedap hati.

Perjalanan 10 jam menjadi 5 jam sahaja. Adi sudah sampai di kampungnya. Rumahnya seperti biasa, sunyi tanpa sebarang suara.

"Assalamualaikum Mak, Abah!"

Pak Ramli membuka pintu. "Waalaikumussalam, Adi! Kau balik nak..."

"Mak mana, Abah?"

"Mak kau dah tak ada..."

Tanpa menunggu, Adi terus masuk ke kereta. Dihidupkan enjin keretanya menuju ke tanah perkuburan.

Walaupun tidak diketahui yang mana satu pusara ibunya, namun Adi menangis mengongoi2 di tanah perkuburan itu.

"Maafkan Adi Mak... Ampunkan Adi Mak...!!! Adi anak derhaka, Adi berdosa pada Mak... Mak... berilah Adi peluang sujud kaki Mak... Makkkkk...~~~!!!"

Tiba2 Adi terasa bahunya disentuh seseorang. Adi mengangkat kepalanya.
"M... maaak....?" Dia mula terasa suspens seram lagi angker melihat ibunya berdiri di depannya. Berpakaian serba putih...

"Adi buat apa kat sini?"

Adi masih terpaku. Mukanya pucat lesi.

Dari jauh kelihatan Pak Ramli berlari2 menuju ke tanah perkuburan itu...

"Adiii!!! Penat Abah kejar. Buat apa kau datang sini..." ucap Pak Ramli termengah2.

"Abah... abah kata Mak dah meninggal..." kata Adi dalam keadaan menggeletar sambil menjeling jasad Kak Tipah di depannya.

"Meninggal? Eh Mak elok2 je ni. Mak tengah jogging ni. Cantikkan jumpsuit baru Mak ni. Mak lalu sini tengok2 macam kereta kau. Tu Mak singgah tengok. Memang kau rupanya"

"Adi..." ujar Pak Ramli. "Tadi Abah nak cakap... Mak kau dah tak ada sakit2 macam itu hari dah... Mak dah boleh jogging dah..."

Adoi.

Kredit to : Lyna Noh

Mesti Baca! Kisah Roh Yang Balik Ke Rumah Di Bulan Puasa.



Irwati dan Suhaimi sudah berkahwin selama 7 tahun. Selama 7 tahun mereka merindui kedatangan seorang manusia yg dipanggil 'anak'.

Mereka adalah pasangan 'sweet couple' hampir diabetes. Tapi kesunyian tanpa cahaya mata akhir2 ini mengganggu kemanisan hubungan mereka. Mereka mula bergaduh dan bertekak atas perkara2 kecil.

Satu hari, tibalah hari ulangtahun perkahwinan mereka. Pagi sebelum ke pejabat, mereka bertekak kerana Suhaimi lupa tarikh bersejarah itu.

Petang itu, Irwati menanti suaminya dengan hati yang membara.

Dalam keadaan hujan lebat, Suhaimi tiba di rumah dalam keadaan tergesa2. Di tangannya ada sejambak bunga ros.

"Selamat ulangtahun perkahwinan, sayang"

Alanglah terharunya hati seorang isteri. Kemarahannya terus bertukar menjadi ceria. Mereka duduk bersama, sambil bercerita mengenang kisah2 manis bersama.

Tiba2 telefonnya berbunyi.

Irwati bangkit dan mengangkatnya.

"Hello..."

"Hello Puan. Adakah ini Puan Irwati Khuzaimi?"

"Ya saya"

"Begini puan.. satu kemalangan telah berlaku, mangsa seorang lelaki meninggal dunia di tempat kejadian. Di dalam dompetnya kami menemui nombor telefon puan. Kad pengenalannya Suhaimi bin Sufian. Adakah ini suami puan?"

Alangkah terkejutnya Irwati.

"Tapi... suami saya ada di rumah"

"Maafkan saya puan. Puan boleh datang ke hospital utk pengecaman mayat"

Irwati segera keluar mendapatkan suaminya. Ternyata Suhaimi benar2 tiada di situ.

Dia teringat tentang kisah roh yang pulang ke rumah di bulan Ramadan...

Irwati terus longlai dan menangis tersedu-sedan...

"Abang.. saya tak sempat minta maaf dgn abg. Saya banyak berdosa dgn abg. Saya tak patut marah pd abang tadi... rupanya ini anniversary terakhir kita... Ya Allah! Terima kasih berikan aku peluang bersama allahyarham suamiku walaupun seketika..."

Tiba2 terdengar bunyi flush dari bilik air. Suhaimi keluar dan berkata "Abang lupa nak cakap, tadi dompet abang kena curi..."

Moral : Jangan gaduh2 suami isteri. haha

Kredit to : Lyna Noh

Tekad susukan anak sehingga 2 tahun!





Sejak mengandung anak ke dua, memang dah tekad dalam hati nak menyusukan dia sampai umur 2 tahun.

Mungkin ramai ibu-ibu yang anaknya masih menyusu even umur dah 3 tahun dan dia rasa macam "eleh, setakat susukan anak sampai 2 tahun? apa ada hal" kan?

Tapi, ketahuilah hakikatnya bahawa, nak menyusukan anak sampai genap 2 tahun tu adalah satu cabaran yang besar!

So, dari awal kehamilan, dah ambil full set hamil shaklee. Memang beza sangat rasa masa mengandung kali ke dua tu.

Apa je beza dia?

Antaranya,

1. Rasa bertenaga, tak de la lembik, lesu, lemau je.

2. Mood tu stabil. bukan kira nak swing tak pasai-pasai.

3. Selera makan terkawal. Masa anak first tu, ambooiiii, selera makan bukan main lagi naik. segala benda nak makan, ngidam la konon! haha

4. Paling best, tak dak dah cramp malam2. Kalau dak, tengah-tengah malam dok kejut suami sebab cramp. dah la kejut tu mengejut, tekejut dia. mujuq tak dak sakit jantung. haha

So, terlalu banyak perbezaan yang dapat dirasakan masa mengandung anak first dan second ni.

Bukan nak beza-bezakan anak tapi tu lah cerita dia. Bila kita makan suplimen dan kita tak makan suplimen.

So, dalam tempoh menyusu, memang amalkan suplimen shaklee jugak. Orang afrika kata, paling koro pon ambil ESP dan Alfalfa.

Sebab apa?





ESP ni protein soya. Dia bekalkan tenaga, baiki sel2 kita yang dah rosak kepada sel2 yang lebih baik, so, anak kita kompom minum susu yanv terbaik. ye dok?

Then, dia bekalkan kita tenaga, kalau nak puasa pon no hal lah! sebab kita ni, makan banyaaaaaakkk pon, kalau anak dah menyusu, perut tu kemain lagi dok menyanyi mintak diisi. kan? pulak kena time posa. haaaa, mau buka posa mak2 hat tak kuat ni. hahaha

So, lepas consume ESP, tak dak lagi istilah 'tak larat nak posa'





Next, Alfalfa, dia ni bertindak macam jamu la. bantu baiki dalaman badan kita dan dia ni la dok boost kan susu kita, so, anak boleh minum sampai kenyang.

Best kan?

Dah nak dekat bulan ramadhan ni? dah ada stok ESP dan alfalfa ke mommies?

Kalau nak, just whatsapp me :

www.wasap.my/60134252356/MilkBooster

Selamat berpuasa dan menyusukan anak dengan riang! ☺

Buat persediaan penyusuan sejak hamil

Sumber gambar dari google


Beberapa panduan penyusuan untuk bakal-bakal ibu dari awal kehamilan.

Terdapat 3 faktor utama untuk membuat persediaan penyusuan secara eksklusif buat bayi anda. Iaitu, Persediaan ilmu, Persediaan fizikal dan Persediaan emosi.

PERTAMA
Persediaan ilmu

1. Menghadiri kelas penyusuan.
Ramai yang beranggapan penyusuan susu ibu adalah semula jadi tetapi hakikatnya, ianya sesuatu yang perlu dipelajari. Tanpa ilmu yang mencukupi, dikhuatiri anda sebagai ibu akan terkandas di pertengahan jalan.

Sebaiknya, hadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh memilih hospital atau klinik kerajaan yang sering mengadakan kelas penyusuan secara percuma. Anda juga boleh memilih kelas yang berbayar yang dikendalikan oleh kaunselor laktasi yang bertauliah.

Juga ada baiknya hadir ke kelas penyusuan bersama suami agar suami juga turut memahami dan memberikan sokongan padu buat isteri.

2. Kumpul Maklumat Sebanyaknya.
Usaha untuk mencari dan mendalami sebanyak mungkin ilmu berkenaan penyusuan susu ibu. Hal ini sangat penting agar anda faham dan memahami konsep asas penyusuan iaitu semakin payu dara dikosongkan semakin banyak susu dihasilkan.

Selain menghadiri kelas, anda boleh menambah ilmu menerusi pelbagai sumber. Antaranya, dari bahan bercetak. laman web, blog, forum dan sebagainya.

3. Simpan Nombor Telefon Kaunselor Laktasi.
Kaunselor laktasi sangat diperlukan semasa anda mengalami masalah berkaitan susu ibu terutamanya pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi.

Jadi, simpan nombor telefon kaunselor laktasi yang berada dikawasan yang berdekatan dengan anda supaya mudah untuk anda membuat sebarang rujukan jika berlaku masalah kelak.

4. Sertai Komuniti Susu Ibu.
Di Malaysia, terdapat banyak komuniti susu ibu yang bermatlamat menyokong dan membantu para ibu agar lebih yakin untuk menyusukan si manja.

Sertailah komuniti atau forum susu ibu supaya anda mendapat sokongan daripada rakan-rakan yang sama-sama menyertainya.

KEDUA
Persediaan Fizikal

5. Memilih Pemakanan Sihat 
Apabila anda mengamalkan cara pemakanan yang sihat semasa hamil, ia dapat membantau pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh lalu, memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan. Dalam mmasa yang sama, pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.

6. Pilihan hospital.
Pilihlah hospital yang menyokong penyusuan susu ibu dan mesra ibu dan bayi. Sebelum melahirkan, bincanglah dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan anda menyusukan bayi sebaik kelahiran.

7. Persediaan Peralatan Penyusuan.
Persediaan peralatan penyusuan susu ibu adalah sangat penting dalam memastikan anda dapat menyusukan bayi dengan lancar. Hal ini penting terutamanya bagi ibu yang berkerjaya.

Antara peralatan yang perlu disediakan ialah pam payu dara, coli penyusuan, pelapik payu dara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyususn, peti sejuk dan lain-lain.

Anda digalakkan membeli pam payu dara sebelum bersalin yang bersesuaian dengan suasana tempat kerja. Sebaiknya pilih pam yaang bergred hospital. Anda juga disyorkan mencuba dahulu pam tersebut sebelum membelinya.

Selain itu, coli penyusuan dan pelapik payu dara penting pada awal kelahiran kerana anda mungkin kerap mengalami kebocoran. Peti sejuk juga merupakan perlatan penting yang anda perlu ada untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu. Hal ini kerana ia dapat membantu memanjangkan jangka hayat simpanan susu ibu yang sudah diperah.

8. Kebersihan puting.
Bersihkan puting payu dara setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih bersama air suam untuk mencucinya. Namun, elakkan menyapu sabun di bahagian puting. Langkah ini sangat penting terutamanya pada trimester terakhir kerana kolostrum sudah mula terhasil. Jika puting tidak dibersihkan sebaik-baiknya, dikhuatiri ia
akan tersumbat.

Selain itu, anda juga boleh mengurut puting perlahan-lahan dan menyikat kedua-dua belah payu dara menggunakan sikat secara perlahan-lahan.

9. Kenali Payu dara.
Anda seharusnya mengenali payu dara sendiri!

Perkara ini nampak agak remeh tetapi memberi impak yang sangat besar. Ia membolehkan anda mengetahui samada anda mempunyai puting tenggelam atau normal. Cara pemeriksaannya sangat mudah dan boleh dilakukan ketika mandi.

Caranya, tekan puting payu dara dengan tapak tangan selama dua minit dan lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, bermakna payu dara anda normal. Jika hampir seminit menunggu tiada apa-apa perubahan, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam.

Apabila sudah ketahui masalah payu dara, ia dapat memudahkan anda mencari jalan penyelesaian awal agar anda lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang ada.

KETIGA
Persediaan Emosi.

10. Pasang Niat.
Pasang niat dan azam untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan sejak anda mula disahkan hamil. Setelah anda sudah berazam, jangan lupa untuk suburkan dengan motivasi menerusi pembacaan, perkongsian pengalaman, menghadiri forum dan sebagainya.

Dengan niat dan azam yang kuat, anda pasti tidak akan mudah berputus asa. Segala rintangan dan dugaan pasti anda sanggup harungi jika niat dan azam diutamakan melebihi segala-galanya.

11. Banyakkan Berdoa.
Sentiasa berdoa semoga dimudahkan proses perjalnan penyusuan anak anda. Allah suka mendengar doa hamba-Nya. Jadi, sentiasa dekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi Rezeki.

12. Sokongan Padu.
Kongsikan niat anda untuk menyusukan anak anda yang bakal lahir bersama suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan sokongan daripada mereka terutamanya daripada suami.

Sokongan yang dimaksudkan bukan hanya sekadar bersetuju dengan keinginan anda menyusukan anak bahkan lebih dari itu.

Oleh itu, banyakkan berbincang tentang perancangan yang bakal dilakukan dan pada masa yang sama, bersama-sama lengkapkan ilmu agar semua sedar dengan peranan masing-masing dalam membantu anda menjayakan penyusuan susu ibu.

13. Yakin dan Positif.
Sentiasa berfikiran positif dan yakin bahawa anda dapat menyusukan anak kelak. Ingat, pengeluaran susu ibu adalah berasaskan konsep permintaan dan penawaran. Jadi, susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahirannya. Fahami juga bahawa pada awal kelahiran, bayi hanya mandapat kolostrum. Selepas itu, susu ibu akan meningkat sedikit demi sedikit. Teruskan kekerapan menyusu dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak anda.



Sikit-sikit hobi, Lama-lama jadi habit

The best hobby i have is sewing.

Sangat addicted menjahit masa mengandungkan anak pertama. Tak tau la mana datang angin menjahit ni.

Siap survey barang-barang jahit. Pegi kedai dok bau-bau, pegang-pegang jenis kain. Tapi tak beli. haha!

Masa dah trimister ke dua (kalau tak silap) dah start membeli. Beli sikit-sikit. Masa tu pakai konsep JANJI ADA . haha

Dari sini la start jumpa core jahitan. Dah start minat nak jahit benda-benda comel macam doll atau keychain.

So, pegi la kedai jual barang-barang kawin. Cuba cari kain "fabrik yang orang guna untuk buat brooch" sampai tak tau nama. Mujur akak tu sporting dia bagitau nama kain tu ialah felt.

Masa tu memang tengah trending felt brooch ni.

Acik pon cuba la buat brooch. Tak tau kata ada tutorial kat youtube. haha.

Buat brooch pakai taram je. Yang penting jadi bentuk brooch.

Masa dah dekat due tu kan, umi dah pesan "kena berenti menjahit". pantang orang tua-tua. hehe. Tapi acik ni kedegilan ya amat. So, dapat la siapkan satu keychain doremon. Yeeeehaaa!

Esok bangun pagi-pagi tu kan terus tunjuk kat umi, punya tekejut tengok keychain tu. hehe

Then memang kena marah sebab degil. (tapi umi still puji CPMEL hokey)

Lepas tu konon nak start jual la hasil tangan sendiri. Macam-macam jenis hasil kraftangan la dah dibuat. Keychain, brooch, bantal palestin, bantal couple, and so on lah yang berkaitan.

(Belambak stok ni haaa)

Tapi ye lah kan, kita ni sampai bila nak jadi bos, nak jadi kuli kan. So, acik is penat dan tak larat. Dengan modal dan untung tak seberapa. So acik stop menjual. Kalau ada kawan-kawan atau sepupu sepapat yang nak je acik buatkan.

Sampai sekarang, menjahit boleh buatkan acik rilex. Rasa macam terapi gitteww.

So, menjahit just my hobby, not for sale. Kalau ada yang berminat je acik jual. Kalau tak, tak pe.

Acik dah sedar, nak start bisnes, bukan something yang senang. Kena lalui pelbagai cabaran, till then, baru kita akan jumpa bisnes yang serasi dengan kita.

Bisnes menjahit yang dulu tu rupanya bukan bisnes yang sebetul-betul nya, just a hobby.

Hehe.

Ada orang, dari hobi, jadi bisnes kan?

Tapi, acik rasa, bila kita tau kekuatan bisnes tu, potensi dia, we have to learn about it and love it.

Love what you do and do what you love.

All the best.

Daoakan semoga acik lebih tabah dan cekal menjadi insan yang menyebarkan kebaikan ya.

Love,
Aqilah Ismail